PENGENALAN LOBSTER AIR TAWAR..
Lobster air tawar (LAT) saintifiknya CHERAX QUADRICARINATUS merupakan jenis Red Claw. Jenis krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia.
Ada lebih 1000 jenis udang kara seluruh dunia.
Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak.
Sepanjang hidup seekor LAT, ia akan melalui beberapa proses salin kulit. Ia berlaku bila tubuhnya membesar dan menyebabkan cengkerang lamanya tidak dapat menampung saiz bentuk badan lamanya.
Rupa bentuk Am, spesis yang tidak memiliki tulang dalam. Permukaan badan, organ luar diliputi cengkerang. Terbahagi dua kepala dan badan. Cengkerang menutup kepala untuk melindungi organ otak, insang, hati dan tepi organ. Enam ruas badan (abdomen) agak menipis, lebar badan rata-rata hampir sama dengan kepala. Sepasang penyepit yang lebar dan panjang, sepasang antena berfungsi untuk menghidu makanan. sepasang antena juga berperanan untuk merab makanan dan persekitaran. Enam pasang kaki berperanan untuk berenang. Kaki renang digunakan untuk memebersihkan telur dan larva dari kekotoran
No comments:
Post a Comment